SOALAN LAZIM

Soalan: Apakah saiz kompang yang paling sesuai untuk tujuan perarakan:

Jawapan: Kebiasannya kompang yang digunakan bersaiz 12 inci dan ke atas, bergantung kepada pemain. Sekiranya pemain dikalangan pelajar sekolah menengah, saiz 12 inci sudah memadai.

Soalan: Sebelum digunakan, anda kompang dijemur terlebih dahulu. Mengapa?

Jawapan: Kompang yang kendur akan menjadi tegang setelah dijemur, dan menghasilkan bunyi yang nyaring apabila dipukul. Namun begitu bagi menjaga jangka hayat kulit supaya tahan lama, ia tidak digalakan. Jika kendur, sebaik-baiknya ia disedak menggunakan rotan.

Soalan: Kini terdapat filem X-Ray digunakan untuk membuat kompang. Adakah hasil bunyinya sama?

Jawapan: Semestinya tidak. Walau pun ia menghasilkan bunyi nyaring, tapi kelunakan dan kenyaringan tetap berbeza. Kompang X-Ray biasa digunakan sebagai 'back up' kepadasekumpulan kompang jika kompang dimainkan di dalam dewan, waktu malam atau ketika hujan.

Soalan: Bagaimanakah penjagaan kompang yang betul untul memastikan jangka hayatnya lama.

Jawapan: Hindari kulitnya daripada terkena air. Cat khas menggunakan minyak atau teknik air-brush digunakan sekiranya logo kumpulan kompang dipermukaan kulit. Air ia akan mengubah tekstur kulit yang terkena cecair tersebut. Kompang digantung atau disusun dengan cara permukaan bertindih bagi mengelakkan terkanan pada kulit jika ia diletak susunan berturutan.

Soalan: Adakah pihak syarikat boleh membuat penghantaran ke luar negara seperti Singapura, Brunei?

Jawapan: Ya. Kadar caj dikenakan mengikut kuantiti dan berat mengikut kilogram.

Soalan: Berapakah tempoh yang diambil untuk menyiapkan kompang yang hendak dibaikpulih/ganti kulit.

Jawapan: Sekurang-kurangnya tempoh seminggu diperlukan, bergantung kepada cuaca. Cuaca memainkan peranan untuk memastikan kulit benar-benar kering setelah dijemur. Kulit yang kurang kering tidak akan menghasilkan bunyi yang nyaring. Teknik pengeringan kulit menggunakan haba/dandang pula tidak menjamin kulit kering 100%.

Soalan: Apakah jenis gendang silat yang dibuat oleh syarikat ini? Kemasan ala gendang Kedah atau ikatan biasa?

Jawapan: Kedua-duanya boleh. Pihak kami akan cuba membuat yang terbaik menepati citarasa pelanggan.

Soalan: Adakah barang-barang yang dijual oleh syarikat ini mempunyai tempoh jaminan?

Jawapan: Ia. Tempoh jaminan yang ditawarkan adalah 1 bulan daripada tarikh pembelian. Namun begitu jaminan tidak tertakluk kepada kerosakan barang yang disebabkan oleh kecuaian pengguna seperti tersalah sedak, jatuh atau kulit terkena air.

Soalan: Adakah pihak Tuan menyediakan perkhidmatan berupa cenderamata daripada barangan Tuan.

Jawapan: Ya. Hanya perlu nyatakan jenis produk, saiz dan syarikat kami akan menyiapkan sepertiamana yang diminta dalam tempoh tertentu.

ALAMAT

Warisan Seni Haji Kasim Enterprise
Jalan Masjid, KM 16 Kampung Pulai,
77300 Merlimau, Melaka

Tel : 06 2610835, 06261 6672

HP: +6012 624 1671 (Shabri), +6013 695 6423 (Alias)

E-mail:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ,
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visitors

Today7
Yesterday3
This week51
This month198
Total20042

Visitor IP : 54.224.184.251 Visitor Info : Unknown - Unknown Sunday, 20 August 2017 21:07 Powered by CoalaWeb


BERITA TERKINI


SENARAI HARGA


GALERI


SOALAN LAZIM