Kompang - warisan muzik Nusantara

Kompang adalah alat muzik tradisional Melayu yang terkenal sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dipercayai dibawa masuk oleh pedagang Arab. Pada ketika itu permainan kumpulan alat bunyian amat masyhur dimainkan di dalam upacara marhaban, selawat, berzanji dan sebagainya. Walau berkurun lamanya, kompang tetap menjadi instrument muzik utama dalam keraian, keramaian, perkahwinan dan sambutan kerana ia telah menjadi nadi di dalam budaya masyarakat rumpun Melayu nusantara tidak kira sama ada di Brunei, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Kompang tergolong dalam kelompok instrument muzik membranofon. Secara ringkasnya kompang terhasil gabungan daripada 2 material utama iaitu kayu dan kulit kambing. Pelbagai jenis kayu yang boleh digunakan untuk membuat kompang seperti kayu leban, sena, nangka, mangga dan mahogani. Kayu yang dipotong, dilarik menjadi rangka atau bingkai berbentuk bulat yang lebih tepat dikenali sebagai baloh. Ingin maklumat lagi, sila terus melayari laman sesawang ini. Saya akan update dari semasa ke semasa untuk info terkini. Salam perkenalan dari saya, Shabri Kasim.

 

 

 

 

                  

 Proses melarik                               Proses melarik sedang dijalankan.      Antara baloh yang telah dilarik.

Kulit kambing pula adalah menggunakan kambing boer atau jamnapari atau lebih elok jika menggunakan ‘kambing kampung’. Kulit kambing biri-biri tidak digunakan oleh kerana teksturnya yang berminyak menjadikan ia tidak kering. Kulit dikeringkan terlebih dahulu. Setelah dicukur bulunya, kulit di pasang pada baloh dan dijemur sehingga kering.


 

 

 

 

 

Kulit kambing yang telah di pasang pada baloh dijemur sehingga kering.

 

Kulit di pasang setegang mungkin pada baloh. Kulit dipaku dengan kemas dan tegang menggunakan paku payung berwarna emas, sambil dililit kemas oleh kain baldu yang lazimnya berwarna merah. Kompang terdapat dalam pelbagai saiz bermula daripada saiz 6 inci (ukuran mengikut diameter) sehingga ke saiz 15 inci. Kesesuaian penggunaan kompang dilihat bergantung kepada pemain kompang dan juga acara yang akan dilangsungkan. Lazimnya kompang yang digunakan untuk perarakan adalah saiz 11 inci dan ke atas mankala kompang bersaiz kecil digunakan untuk hiasan atau tarian. Kumpulan kompang terdiri daripada pelbagai mazhab, sama ada moden atau tradisi. Di antaranya yang paling dikenali adalah Ezhar, Hadrah Sri Kerayong, Kelalang Zapin, Sinar 12, Paluan MiM, Fatani dan macam-macam lagi. Bagi seni pukulan moden pula terdapat Kompang Irama, Kompang Keretapi dan lain-lain lagi. Perbezaan di antara mazhab ini adalah seni pukulan, tempo dan lagu-lagunya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kompang dalam pelbagai saiz.

ALAMAT

Warisan Seni Haji Kasim Enterprise
Jalan Masjid, KM 16 Kampung Pulai,
77300 Merlimau, Melaka

Tel : 06 2610835, 06261 6672

HP: +6012 624 1671 (Shabri), +6013 695 6423 (Alias)

E-mail:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ,
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Visitors

Today9
Yesterday14
This week47
This month244
Total20896

Visitor IP : 54.198.221.13 Visitor Info : Unknown - Unknown Thursday, 23 November 2017 16:49 Powered by CoalaWeb


BERITA TERKINI


SENARAI HARGA


GALERI


SOALAN LAZIM